31 Disember 2009

Gerhana Matahari Dan Bulan Serta Amalan Yang Disunatkan – Pakat Sembahyang Sunat Gerhana Bulan Separa Pagi Ini.


Pada 1 Januari 2010, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 1:17 pagi hingga 5:28pagi. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.

Gerhana pada 1 Januari ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:17 pagi waktu Malaysia. Walaubagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 2:53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 03:24 pagi. Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi (U4) padajam 04:53 pagi. Gerhana masih terus berlaku sehingga 05:28 pagi tetapi fenomenatersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang Penumbra Bumi yang kurang gelap.


Definasi Kusuf dan Khusuf

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.

Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.

Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Bulan Dan Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!

Kaifiyat Solat Gerhana

Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri)

Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)

Pertama : Cara yang biasa

Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) , 2 kali membaca surah, 2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri), 4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.

Sah juga dilkakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal

Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya. Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat. Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat. Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.

Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya. Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.

Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana

Pertama : Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap. Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata : Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara (senyap).

Kedua : Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat
Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah : Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.

Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang. Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.

Mandi Sunat Gerhana

Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.

25 Disember 2009

Jom Kite Berpuasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram- Banyak Kelebihannya.




Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: 


Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN


Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
2- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3- Dicipta Adam a.s.
4- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
8- Selamat Musa dan pengikutnya.
9- Lemas Firaun.
10- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11- Diangkat Nabi Isa kelangit.
12- Diangkat Nabi Idris ke langit.
13- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16- Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14  Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan  pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kiil, nikmal maula wa nikmannasiir”. Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam      berbuka puasa.
14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
      fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


21 Disember 2009

Ape Dah Jadi Ganu Kite, Runtuh Lagi-Empat Cedera Bumbung Kaca Terminal Bas Baru Runtuh



HULU TERENGGANU: Tiga buruh warga Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu, difahamkan terdapat 15 pekerja di kawasan berkenaan dengan dua daripadanya sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.

Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki serta tangan akibat terkena serpihan kaca itu.

Penyelia tapak pembinaaan berkenaan, Zahir Hariri berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kerja pemasangan kaca yang dimulakan sejak seminggu lepas itu hampir 80 peratus siap.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan penyambungan panel yang tidak sempurna pada penghadang cahaya itu, katanya.Terminal bas berharga RM4.2 juta yang mula dibina pada Mac 2008 dan sepatutnya siap awal tahun depan itu merupakan projek Majlis Daerah Hulu Terengganu. - BERNAMA

18 Disember 2009

Salam Awal Muharram 1431H- Apa Yang Perlu Dilakukan

Salam ukhuwah buat semua,


Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t.

Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya …inilah yang dituntut oleh Islam!!!.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Jelas Ibni Abbas lagi, “Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud, ” Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib

pada malam 1 Muharam:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

16 November 2009

PAS Sanggup Hilang Kerusi Parlimen Demi Disiplin Parti.



Marang, 15 Nov – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa menitikberatkan soal prinsip dan moral parti. Dalam sejarah PAS, Jawatankuasa Disiplin parti pernah memecat ahli PAS yang juga Ahli Parlimen PAS pada ketika itu atas kesalahan moral.

Peristiwa itu berlaku pada tahun 1969 apabila media mendedahkan gambar seorang Ahli Parlimen PAS sedang menari dan berjoget. Hadi menegaskan bahawa itu bukan cara PAS. Maka sebab itulah Jawatankuasa Disiplin parti telah mengambil tindakan memecat ahli parlimen tersebut daripada PAS walaupun PAS terpaksa kehilangan satu kerusi parlimen.

Inilah beza di antara Pas dan UMNO kata Hadi lagi. “Sekiranya ahli PAS buat maksiat yang besar, Jawatankuasa Disiplin juga boleh pecat. Saya rasa ini tidak ada dalam UMNO, tidak ada dalam parti Barisan Nasional sebab tu dalam Barisan Nasional dia buat maksiat macam mana pun, tidak boleh pecat. Itu beza kita dengan Barisan Nasional.”

Di dalam majlis yang sama di Marang, Trengganu, ketika ditanya mengenai hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat, beliau menyatakan bahawa hubungan mereka berdua adalah sangat baik. “Bagai isi dengan kuku”, kata beliau. Dan beliau amat berpuas hati kerana telah berjaya menangani masalah dalaman parti dengan sebaik-baiknya.

Bagi Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, seminar politik yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini telah berjaya menyatukan pimpinan PAS. Masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya, ujar beliau. Suasana sedemikian tidak wujud di dalam Barisan Nasional. Beliau memberi contoh masalah yang sedang berlaku di dalam MCA, sehingga hari ini ianya tidak dapat diselesaikan. “Di dalam PAS, kita berbeza pendapat, itu biasa. Tetapi kita bersatu dan kita bertolak ansur”, kata beliau.  – ANN


05 November 2009

Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah" -Kebesaran Ilahi

KEAJAIBAN MAHA PENCIPTA ... Seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, Gua Musang, Mustapha Zakaria menunjukkan ikan toman bunga peliharaannya yang tertera kalimah Allah pada badan ikan itu. Mustapa memelihara ikan itu lebih setahun lalu apabila rakannya memberi ikan tersebut yang dipancing di Sungai Kampung Rasa, Pasir Puteh. Kalimah Allah itu kelihatan lebih jelas menjelang malam ekoran badan ikan yang lebih bercahaya. -Foto BERNAMA
 
SEORANG peneroka di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, Gua Musang, Mustapha Zakaria, 53, tidak sangka ikan toman bunga yang dipelihara lebih setahun lalu ada tulisan kalimah Allah di kedua-dua belah badannya.

Semasa ditemui di rumahnya baru-baru ini, beliau menyedari mengenai perkara itu apabila diberitahu oleh imam rancangan tanah berkenaan, Nordin Ariffin, yang mengunjungi rumahnya ternampak tulisan itu.
"Saya pada mulanya tidak percaya ada tulisan kalimah Allah tetapi selepas saya amati ikan yang saya pelihara di dalam akuarium itu, ternyata ia adalah benar.

"Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu dan saya tidak bercadang untuk menjualnya walaupun ada peneroka menawarkan harga RM300," katanya. Mustapha berkata dia memperolehi ikan toman itu daripada rakannya di Kampung Rasa, Pasir Puteh, selepas rakannya memancing di sungai kampung terbabit.

Beliau berkata semasa membawa balik ikan toman itu lebih setahun lalu saiznya lebih kecil dalam sekitar setengah kilogram sahaja tetapi sekarang bertambah besar hingga mencapai lebih satu kilogram.
"Memang pada mulanya saya tidak berniat untuk memelihara lebih lama kerana sebelum ini saya pernah memelihara ikan jenis serupa dan menjualnya kepada orang lain," katanya.

Namun, tambah beliau kali ini dia akan terus menjaga dengan baik ikan toman berkenaan yang semakin bercahaya dan semakin ramai peneroka rancangan tanah terbabit datang melihatnya setiap hari.
"Menjadi hobi saya memelihara ikan dalam akuarium sejak usia remaja lagi tetapi ini adalah pertama kali ikan yang saya pelihara ditemui ada tulisan kalimah Allah.

"Ikan toman ini lebih bercahaya pada waktu malam hingga tulisan kalimah jelas kelihatan," katanya. BERNAMA

29 Oktober 2009

Peringatan Untuk EGM- Ustaz Nik Abduh

Salam Kamunting,


Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.

Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.

Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!

Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.


Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

22 Oktober 2009

Pandangan DR. ABDUL AZIZ BARI DIHARGAI-Ulasan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


RABU, 21 OKTOBER 2009 | 02 ZULKAEDAH 1430H


Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti.

Ada
beberapa perkara yang mungkin tiada dalam maklumat beliau menyebabkan pandangan yang diberi agak bersifat kritis. Beliau mencadangkan agar parti mendisiplinkan Hassan Ali atau menyingkirkan terus, kemudian beliau menyatakan bahawa ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro umno dalam PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dan penyokong mereka. Saya ingin tegaskan ini pandangan beliau dalam posisinya sebagai ahli akademik. Tentulah banyak perkara dalaman yang dibincang dan dihalusi dalaman parti tiada dalam pengetahuannya.

Isu berlaku di Selangor bukan sahaja pertembungan untuk menarik sokongan, Bagi PAS isu utama bagaimana kita sebagai pemimpin yang akan bertanggungjawab terhadap rakyat dari dunia sampai akhirat. Kita memerlukan rakyat yang bermoral. Masyarakat menilai kita yang mewakili suara Islam dalam kerajaan. Apa tindakan kita untuk membina rakyat yang bermoral. Dr Hassan sebagai exco agama akan ditempelak tidak melakukan apa-apa bagi membela umat Islam, dalam isu arak. Tindakan beliau dengan dokongan Badan Perhubungan Negeri dan dibincang dalam exco kerajaan, bukan membuat peraturan baru, hanya sekadar melaksanakan enakmen yang sedia ada, yang tidak dikuatkuasakan selama ini.

Dalam keghairahan kita menjaga hati pengundi bukan Islam, jangan kita lupa bahawa pengundi Islam ingin melihat pembelaan kepada dasar Islam. Kita mengambil jalan tengah dengan tidak mengganggu golongan bukan Islam untuk mendapatkan minuman keras, cuma kita meminta agar penjualannya di kawasan majoriti umat Islam dihapuskan.

Mungkin Dr Aziz Bari melihat bahawa Dr Hassan Ali tidak perlu membuat kenyataan terbuka, sehingga dilihat wujudnya pertembungan antara PR. Saya ingn tegaskan bahawa isu ini telah dibincang dan beberapa kenyataan telah dikeluarkan dalam media berhubung perkara ini. Tetapi atas kedudukannya sebagai exco kerajaan yang menjaga agama dan Pesuruhjaya Negeri, saya fikir beliau juga mempunyai kekangan bila diajukan persoalan oleh pemberita, dan masyakakat juga ingin mendengar kenyataannya sebagai exco agama. Yang lebih adil ialah mendapatkan penjelasan sebenar terhadap kenyataannya, bukan hanya melalui media perdana yang tentunya lebih suka melihat pertembungan dalam PR, serta melihat juga pendirian Badan Perhubungan Negeri yang merupakan badan tertinggi parti di peringkat negeri.

Saya melihat kenyataan kontroversi bukan sahaja dari kalangan PAS, bahkan kenyataan serupa berlaku di Kedah oleh pimpinan DAP berhubung isu pusat penyembelihan, kouta perumahan, dan lainnya. Kita melihat perbezaan dalam PR adalah sikap keterbukaan kita, dan ternyata dalam beberapa pertemuan pimpinan PR, hubungan antara kita sangat kukuh, mesyuarat dwi bulanan PR merupakan
medan penting bagi pengukuhan ini.

Walau bagaimanapun pandangan Dr Aziz Bari bahawa agak sukar untuk dilakukan kerana beliau ( Dr Hassan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro Umno. Kenyataan ini tentunya agak keterlaluan, kerana Jawatankuasa Disiplin parti tidak sesekali terikat dengan apa yang disangka oleh beliau. Kita mempunyai rujukan peraturan dan tindakan. Jawatankuasa Disiplin sehingga kini menerima saranan daripada PR agar semua kepimpinan parti terikat dengan peraturan parti masing-masing, tetapi menegaskan agar tiada kenyataan yang boleh menimbulkan keretakan dalam Pakatan.


Sehingga kini Jawatankuasa Disiplin PAS tidak menerima apa-apa surat rasmi berhubung perkara tersebut. Namun perlu dinyatakan bahawa PR dalam mesyuarat lalu telah memanggil sama semua exco Selangor bagi mendengar permasalahannya, dan mesyuarat Harian Pusat juga telah mengundang Harian Selangor bagi mendengar permasalahan yang berlaku, dan telah membuat ingatan agar semua kenyataan yang boleh megeruhkan suasana dalam PR dielakkan, bahkan sebarang perkara yang mempunyai perbezaan pandangan dapat diselesaikan dalam mesyuarat exco dan parti masing-masing.

Jelas ianya tiada kena mengena dengan pro Umno atau sebaliknya. Kita telah gagaskan kenyataan bahawa kita perlu perkukuhkan PR. Ini gagasan bersama yang telah kita lakukan. Tetapi ianya bukanlah bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan dalam berhadapan pelbagai isu yang berlaku. Bahkan saya ingatkan bersama bahawa sejarah perjuangan Islam dan sunnatulLah dalam jamaah Islam, sesiapa yang khianat dalam perjuangan ia akan gugur dari jamaah, samada Allah akan mendedahkan keburukan mereka atau jamaah akan menggugurkannya.

Antaranya beliau (Dr Aziz Bari ) memetik pandangan yang menyatakan Presiden tidak memberi respon terhadap apa yang berlaku di Selangor. Akibatnya pelbagai tuduhan yang menyamakan beliau dengan bekas presiden UMNO dan lainnya. Sedangkan realitinya beliau telahpun memberikan respon kepada apa yang berlaku, bahkan sebelumnya Timbalan Presiden telah membuat kenyataan akhbar tentang isu tersebut. Presiden berulang kali menyatakannya dalam pelbagai pertemuan parti, Cuma kita harus ingat bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan beliau, sebagaimana mereka menyiarkan berita yang mengambarkan keretakan dalam PR. Namun Dr Aziz Bari ternyata tidak seronok dengan kenyataan dari Timbalan Presiden yang dilihat membela Hassan Ali. Dalam situasi yang ada apa jua kenyataan tentulah akan ada yang setuju dan sebaliknya. Yang tentunya kita tidak boleh minta agar semua kenyataan sesuai dengan kehendak kita.

Namun saya melihat pandangan beliau agak tersasar dari tajuk utama kerana apakah kerana kita tewas dalam satu PRK maka perubahan kepimpinan perlu dilakukan. Bagaimana dengan kemenagan sebelum ini, apakah ia tidak dilihat kejayaan kepimpinan yang ada? Mari kita kembali kepada peringatan Allah :
“Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.

20 Oktober 2009

Ucapan Perwakilan Setiu Sempena Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu 2009-Cabaran Merealisasikan Tema Berubah Untuk Kemenangan Islam


Apabila membincangkan persoalan cabaran yang ada di hadapan kita untuk merealisasikan tema Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu ini;

Cabaran Pertama, suka saya merujuk kembali kepada laporan Jawatankuasa Postmortem Pilihanraya Umum 12 PAS Terengganu yang menyatakan, isu utama yang ada di hadapan kita ialah, sebahagian besar pengundi Terengganu masih berada di bawah cengkaman (grip) UMNO-BN. Mungkin cengkaman ini kerana wang atau projek pembangunan. Mungkin juga cengkaman dalam bentuk ancaman dan ugutan. Mungkin cengkaman kerana rakyat diselewengkan dari maklumat dan fakta yang sebenar dengan bantuan media arus perdana serta mungkin juga dengan bantuan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Cabaran yang perlu kita hadapi, bagaimana untuk kita merancang, bekerja dan bertindak bagi membebaskan rakyat dari cengkaman ini sehingga mesej perjuangan Islam yang kita dokong boleh sampai dan dinilai dengan adil oleh rakyat.

Sebagai perbandingan, As Syahid Syed Qutb ketika membahaskan konsep"Tidak ada paksaan dalam beragama" di dalam kitab 'Ma'alimu Fi Tariq' menyatakan, sebelum kita mengistiharkan kepada manusia, tidak ada paksaan bagi kamu dalam beragama, wajib kita memastikan manusia tersebut telah dibebaskan dari sebarang bentuk penjajahan, tekanan, penindasan, cengkaman dan kezaliman yang menghalang mereka dari mendengar dan menerima dakwah Islam. Setelah mereka dibebaskan dan diberikan kesempatan untuk menerima dakwah, memahami dan menilai ketinggian serta keadilan syariah Islam, barulah boleh dinyatakan kepada mereka, tidak ada paksaan bagi kamu untuk memeluk Islam. Tetapi sekiranya segala cengkaman, halangan, tekanan, kezaliman dan penindasan yang menghalang dakwah itu masih wujud, wajib bagi ummat Islam untuk bangun dan membersihkan segala halangan ini walaupun terpaksa mengangkat senjata. Dalam kontek Terengganu, saya sama sekali tidak bermaksud kita perlu mengangkat senjata untuk membebaskan pengundi Terengganu dari cengkaman UMNO.

18 Oktober 2009

Perlu Tahu Waktu Subur Wanita Dan Kitaran Haid

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Cara Mengenal Pasti Barang Tiruan-Panduan

Tahukah anda bagaimana untuk mengenalpasti barangan buatan “Made in China”?
Dunia sekarang dilimpahi dengan pelbagai macam jenis barangan dari China. Yang mana kebanyakan barangan dari China adalah barang tiruan. Adakah anda dapat membezakan yang mana satu barangan dari China atau Taiwan?
Ada 1 cara mudah bagaimana untuk mengenalpasti barang “Made in China” ini. Caranya ialah mengenalpasti melalui teknik barcode.

Untuk pengetahuan semua, semua barang yang dihasilkan di mana-mana negara telah pun ditetapkan kod pengeluarannya.
Dan semua barangan yang dikeluarkan di negara Cina (Made in China), barcode nya bermula dengan 3 digit ini iaitu ; 690, 691, dan 692. Semua barang yang mempunyai barcode yang dimulai dengan 3 digit ini,
adalah barangan “Made in China”.
Manakala, 3 digit pertama barcode barangan “Made in Taiwan” ialah 471.
Sekarang ini, ramai sekali peniaga yang cuba untuk menipu pelanggan mereka.
Dia kata dia jual barang asli, berjenama dan berkualiti. Namun, apabila kita beli, setelah membayar dengan harga yang mahal, dapat-dapat barang, semuanya barang tiruan, rendah mutu dan kualiti nya. Apabila diperiksa betul-betul, rupa-rupanya barang yang dijual itu adalah barang “Made in China”
Saya tak mengatakan semua barangan “Made in China” tak bagus. Tapi realitinya kebanyakan barangan keluaran negara Cina adalah barang tiruan dan banyak yang tak berkualiti. Sebab itu barangan mereka murah.
Justeru, adalah sangat baik jika kita dapat selidik dulu apa-apa barang yang ingin dibeli.
Terutamanya apabila ingin membeli barangan berjenama dan mahal.
Berikut disenaraikan beberapa negara dan barcode yang digunakan bagi produk keluaran mereka. Nombor-nombor ini adalah nombor digit pertama pada barcode yang tertera pada produk.
690 ~ 692  Made in China
00 ~ 09      Made in USA & CANADA
30 ~ 37      Made in FRANCE
40 ~ 44      Made in GERMANY
49 ~            Made in JAPAN
50 ~            Made in UK


14 Oktober 2009

Khasiat Durian Belanda- Info.

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

05 Oktober 2009

KENALI CALON KITE PRKN31 BAGAN PINANG

BIODATA CALON PAS PRK N31 BAGAN PINANG


A. Latar Belakang Peribadi

Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar

Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan

Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)

Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi

Bilangan Anak : 6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)

 
 B. Latar Belakang Pendidikan

* Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat
Communication), UPM
* Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM

C. Latar Belakang Politik Dalam PAS

* Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
* Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)
* Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)
* Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)
* Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)
* Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)
* Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)

D. Latar Belakang Kerjaya

* Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn.Bhd
* Mantan Pengurus Kanan Pembangunan Korporat – IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)
* Mantan Pengurus Pembangunan Bisnes – Telekom Malaysia
* Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor
* Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom

E. Latar Belakang Organisasi NGO

* Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)
* Penasihat Persatuan Penduduk Tiang / Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan
* Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang,Broga
* Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan

27 September 2009

24 September 2009

Foto Hari Raya 2009

22 September 2009

Rahsia Lemak Yang Perlu Anda Tahu

Category: Panduan

Adakah kita betul2 faham tentang apa itu lemak? Tahukah kita jenis-jenis lemak? Betulkah lemak itu berbahaya? Mengapa kita patut kurangkan memakan makanan yang berlemak?
Berikut ini dicatatkan beberapa perkara asas tentang lemak yang perlu kita tahu.
  • Lemak sumber kalori terbanyak.
  • Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukan.
  • Lemak dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.
  • Hampir kesemua makanan harian kita banyak mengandungi lemak.
  • Makanan yang mengandungi lemak semulajadi adalah seperti: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan, krim.
  • Makanan yang mengandungi tambahan lemak/minyak adalah seperti kuih muih, karipap, roti canai, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng, mayonis.
  • Ada beberapa jenis lemak dan semuanya tetap menggemukkan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan.
Ada 2 jenis lemak yang asas dalam makanan iaitu :

20 September 2009

PERUTUSAN HARI RAYA PRESIDEN PAS

Presiden PAS
Thu | Sep 17, 09 | 10:09:06 am MYT
Image Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan �Eid Mubarak� kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka.

Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ikhlas,

Presiden PAS

09 September 2009

Khasiat Bunga Lawang: UBAT PENYEMBUH INFLUENZA A H1N1

Saya ada baca satu artikel tentang khasiat Bunga Lawang. Artikel tersebut mengatakan Bunga Lawang boleh menjadi ubat penyembuh Influenza A H1N1.

Anda kenal tak Bunga Lawang tu macammana? Ni tengok gambar di bawah ni…

Bunga Lawang
Bunga Lawang
Haaa, kepada yang ada suspek terkena Influenza A H1N1 tu, atau yang demam-demam dan selesema tu, mungkin ada baiknya untuk minum air Bunga Lawang ni. Sebelum minum baca lah Bismillah dulu. Pastu nak niat apa-apa pun OK.

Janji kita mesti yakin bahawa yang menyembuhkan kita daripada sesuatu penyakit bukan benda lain, melainkan ALLAH SWT sahaja. Apa juga benda dalam dunia ini tak akan beri manfaat atau mudharat, hanya melainkan dengan izin ALLAH SWT saja.

Berikut adalah mesej yang saya terima dari En Shahrom dari PPSains Fizik, USM.

Saya dapat tahu daripada doktor pusat kesihatan USM bahawa Bunga Lawang digunakan untuk membuat ubat Tamilflu iaitu anti-virus untuk H1N1.
Jadi saya buat sedikit kajian dan mendapati bahawa ia adalah benar.
Sila download artikel tentang Khasiat Bunga Lawang (Bahasa English) Di sini.
Isteri saya terus beli bunga lawang (50sen sepeket), rebus dan paksa semua orang minum - rasa payau.
Satu keajaiban adalah antara kesemua mangsa maut H1N1 di Malaysia, tiada satu pun dari kalangan kaum India.  Ini mungkin kerana kaum India mengamalkan penggunaan bunga lawang secara meluas dalam masakan mereka.
Semoga boleh kita amalkan (Nanti harga bunga lawang melambung pulak)

PERBEZAAN ANTARA RON 95 DAN RON 97



Akhir-akhir ini Malaysia dikecohkan lagi dengan kenaikan harga minyak. Mulai 1 September lepas, Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak sekali lagi. Selain itu, kerajaan juga telah menggantikan penggunaan minyak RON92 kepada RON95.

Berikut adalah senarai harga minyak terbaru (mulai 1 September 2009).
  • RON 97 : RM2.05
  • RON 95 : RM1.80
Tetapi tahukah anda apakah itu RON? Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97, RON95 dan minyak RON92 tu. Kenapa kerajaan tukar penggunaan minyak RON92 kepada RON95? Apa signifikannya daripada penukaran itu? Minyak yang mana satukah yang lebih bagus? RON95 atau RON97?


08 September 2009

Ahmad Said Tolak Tawaran Menjadi ‘Menteri Pusat’

E-mail Print PDF
KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato’ Ahmad Said berkeras mahu mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri Terengganu dan menolak jawatan ’lumayan’ sebagai Menteri Pusat. Sumber dalaman memberitahu, Ahmad akan dilantik sebagai Senator dan kemudian ’menteri penuh’
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/IMG_4637.JPG sebagai ’pertukaran’ supaya beliau mengosongkan kerusi Menteri Besar Terengganu.

Tawaran pertukaran jawatan tersebut didakwa sumber itu, dibuat oleh kepimpinan Umno Pusat kepada beliau bagi meredakan krisis dalaman Umno Terengganu.

Namun, sumber tersebut yang menghubungi Buletinonline hari ini berkata, Ahmad menolak tawaran tersebut dan berkeras, mengekalkan ’status’nya yang dianggap amanah diberikan kepadanya oleh Sultan. (Gambar - Hanya penyokong Ahmad Said hadir Majlis Muhyidin di Hulu Terengganu)


Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai Menteri Pusat telah didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya semalam.

Krisis kepimpinan Umno Terengganu kian meruncing apabila ADUN Umno memboikot majlis berbuka puasa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik berkata majlis tersebut dianjurkan kerana krisis Umno negeri Terengganu “adalah kritikal” dan perjumpaan tersebut adalah untuk memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap.

Muhyidin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau, yang juga timbalan perdana menteri telah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan dua kumpulan tersebut, antara pemimpin pro-Idris dengan pro-Ahmad.

Namun, tawaran Muhyidin tersebut tidak diambil peduli oleh kumpulan 15 ADUN Umno yang memang telah merancang, sengaja memboikot majlis tersebut kerana menurut mereka, ia tidak membantu menyelesaikan konflik dalaman parti itu.

Justeru, selepas itu, menurut sumber dalaman itu, Ahmad telah ditawarkan untuk dilantik sebagai menteri pusat.

”Oleh kerana Ahmad menolak tawaran tersebut, pemimpin Umno sedang memikirkan langkah-langkah selanjutnya bagi menangani krisis yang telah berlanjutan,”tambahnya.

Krisis kepercayaan terhadap Ahmad bermula hujung Mac tahun 2008 apabila bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Diris Jusoh tidak diperkenankan oleh pihak istana untuk disambung perkhidmatannya.

Kumpulan yang pro Idris telah memboikot pelantikan Ahmad dan Ketuanya, ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata mereka sanggup meletakkan jawatan dari tunduk kepada Ahmad sebagai Menteri Besar.

Kumpulan tersebut sekali lagi menggemparkan politik tanah air pada April lalu apabila mendakwa mendapat ’SMS mengugut bunuh’ lalu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri kerana merasakan ’diri mereka tidak selamat’.

Ekoran kes tersebut, bekas Setiausaha Politik Idris, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir telah ditahan polis dan dituduh menghantar SMS mengugut bunuh itu.

PRK DUN Bagan Pinang; Pemuda PAS Terengganu Turun Buat Tinjauan Awal

Tuesday, 08 September 2009 02:18 SM Noor


KUALA TERENGGANU – Pilihanraya Kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan akan diadakan berikutan Kerusi DUN tersebut kosong ekoran penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September baru-baru ini.

Justeru, Pemuda PAS Terengganu mengambil langkah awal untuk turun ke DUN Bagan Pinang esok, 9 September, bagi membuat tinjauan awal.

”Lusa (esok) kita akan turun ke (DUN) Bagan Pinang untuk tinjauan kawasan di sana, bermesyuarat dengan pemuda disana dan kita akan tengok apa yang kita boleh bantu, komitmen kita sangat kuat,” kata Timbalan Ketua Pemuda Terengganu, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah.

Menurutnya, beliau yakin PAS bakal menang dalam pilihanraya kecil tersebut walaupun sedar terdapat pengundi pos lebih dari 5,000 orang. 

”Tapi dengan majoriti 2,300 lebih undi yang diperolehi oleh calon kita (PAS) dalam pilihanraya (umum) baru-baru ini (telah) menunjukkan satu peningkatan yang begitu hebat,

”InsyaAllah dengan isu-isu terkini, kita (PAS) akan lebih menjuarai dan tidak mustahil untuk kita menang,”jelasnya ketika ditemui Buletinonline, selepas majlis penyerahan kunci rumah bantuan penuh PAS di Kampung Chendering dekat sini, semalam.

Beliau berkata pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang adalah sangat penting kerana ia adalah peluang kepada rakyat DUN Bagan Pinang membuktikan mereka bersama perubahan yang berlaku di seluruh negara.

”Ini peluang kepada rakyat Rakyat Bagan Pinang membuktikan komitmen bersama mereka dengan rakyat diseluruh tempat (negara) bagi menolak Umno dan barisan Nasional,

”khususnya Negeri Sembilan adalah kubu kuat Umno dan BN,”katanya.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata pihaknya telah menerima surat rasmi makluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

"Saya sudah menerima surat makluman pukul 2.45 petang tadi... bersama sijil kematian wakil rakyat Bagan Pinang, surat telah dihantar sendiri oleh pejabat Speaker," kata Tan Sri Aziz.

Sehubungan itu, menurutnya, SPR telah menetapkan 14 September ini sebagai tarikh untuk mengadakan mesyuarat khas menentukan tarikh pilihan raya kecil kerusi tersebut yang kosong sejak Jumaat lalu.

04 September 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

Sep 4, 09 3:21pm
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%). Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

30 Ogos 2009

Sunday, August 30, 2009

Aktiviti Ramadhan

Menghayati Ramadhan pada tahun ini, Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) telah melancarkan Bulan Tarbiyyah di awal Syaaban yang lalu. Matlamatnya agar seluruh pemuda PAS Terengganu menjadikan Ramadhan benar-benar bulan yang mentarbiyyah kehidupan kearah menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Banyak aktiviti yang yang di rancang bagi mengisi bulan penuh barakah ini seawal Syaaban lagi. Alhamdulillah Pemuda PAS Setiu juga tidak ketinggalan menyahut seruan DPPNT melalui Lujnah Tarbiyyahnya yang di pimpin oleh Al Fadhil Dr Azman Ibrahim, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Setiu.
Pelancaran bulan Tarbiyyah peringkat kawasan telah di adakan pada 14 Ogos / 23 Syaaban di Surau Hj Mad, Bukit Cempaka oleh Dr Azman.

Semua Pemuda DUN mengadakan mesyuarat dan membincangkan khusus agenda menghidupkan Ramadhan pada tahun ini sebaik-baiknya. Antara program yang akan dan sedang berjalan adalah Iftor Jama'e dan Qiamullail melibatkan AJK Pemuda DUN dan Ahli Pemuda cawangan. Di samping itu ada juga DUN yang melaksanakan Jaulah Terawih dan Tazkirah Ramadhan antara cawangan-cawangan dalam DUN tersebut. Perkembangan ini agak memberansangkan kearah memenuhi hasrat Ketua DPPNT sessi ini, YB Ust Mohd Noor Hamzah yang mahukan agenda tarbiyyah di beri penekanan sebaiknya oleh Pemuda.

Sememangnya Ramadhan perlu di ambil kesempatan sepenuhnya oleh semua ummat Islam bagi mengislahkan diri dan meningkatkan ketaqwaan supaya hadiah Allah sebulan dalam setahun ini benar-benar menjadikan kita insan soleh yang di terima oleh Allah.

Antara yang mengembirakan saya adalah perkembangan Pemuda DUN Langkap. Walaupun peringkat awal sessi baru ni kelihatan agak sukar dan menjadi DUN yang paling akhir membentuk Jawatankuasanya, tetapi sekarang nampaknya sudah mampu menganjurkan program dan Alhamdulillah ada sambutan yang baik daripada cawangan-cawangan.

Sementara DUN Jabi yang sememangnya DUN yang dominan sejak awal penubuhan PAS Kawasan Setiu ini, terus dengan aktiviti rutin apabila tiba Ramadhan dengan program Qiamullail dan jaulah pimpinan ke cawangan-cawangan, berterawih dan tazkirah oleh pimpinan DUN mereka. DUN Jabi memiliki ramai Ustaz dan Tuk Guru yang mampu memenuhi tuntutan tarbiyyah di bulan yang berkat ini. Apatah lagi Dr Azman sendiri adalah bekas calon PAS dalam PRU ke 12 yang lalu bagi DUN Jabi.

Lantaran itu apabila terdengar sungutan tidak puas hati ( kecil hati? ) daripada Pemuda DUN Jabi dengan tulisan saya pada posting ( antara yang awal saya tulis di blog ini ketika baru di buka pada akhir bulan Jun ) berkenaan Kursus Pengurusan Organisasi ( KPO ) DPPKS yang di adakan di Merang, saya terus melihat balik apa yang saya tulis tersebut.

Hasrat saya apabila membuka blog ini sebagaimana telah di nyatakan di posting pertama dahulu adalah untuk merakamkan peristiwa dan program sepanjang saya di amanahkan sebagai ketua DPPKS bagi sessi ini di samping ulasan tentang isu semasa samada tempatan mahupun nasional ataupun isu antarabangsa yang mempunyai kaitan dengan kita semua.

Mungkin dengan keghairahan menulis ketika baru membuka blog ini, untuk menyedapkan gaya bahasa ( tak sedap pun... maklumlah baru belajar menulis ) saya mulakan tulisan berhubung KPO yang di adakan di Merang itu dengan menyebut ketidakhadiran pemuda DUN Jabi dalam program tersebut. Tidak ada sedikitpun niat untuk memburukkan mereka ( walaupun ada pandangan sahabat yang mengatakan tulisan tersebut berunsur 'memperlekehkan' ) yang tidak hadir. Apatah lagi sebelum itu mereka telah maklumkan masalah yang di hadapi. Cuma kesilapan saya apabila menyatakan rasa terkilan tersebut melalui blog yang mungkin di rasakan mediumnya tidak sesuai.

Hasrat saya tidak lain adalah untuk memaklumkan program tersebut dan jika boleh di ambil perjanan pula oleh DUN-DUN menganjurkan pula di peringkat masing-masing kerana soal pengurusan organisasi adalah sangat penting jika mahu melihat kekuatan jemaah kita.

Walau bagaimanapun saya percaya DUN Jabi mempunyai kekuatan mereka tersendiri berbanding DUN-DUN lain. Sejak DUN Jabi di wujudkan pada 1984, mereka telah dua kali memenangi pilihanraya secara berselang penggal iaitu PRU 8 1990, YB Ust Zahari Mohamad dan PRU 10 1999 melalui YB Ust Shaharizukirnain. Sementara PRU 12 yang lalu mereka hanya kalah tipis melalui calonnya Dr Azman dengan majoriti 800 undi sahaja.

Oleh itu memang munasabah jika mereka terasa hati apabila saya menulis tanpa mengambil kira saluran sepatut dan munasabah. Walaupun sebagai ketua ada hak untuk menegur, tetapi teguran mestilah kena dengan tempat dan masa. Dari segi teori begitulah, tetapi apabila bertindak kadangkala tersasul dan tersilap. Begitu juga orang bawah boleh menegur jika kesilapan berlaku. Pun begitu kadangkala teguran yang di buat tidak melalui saluran yang sepatutnya juga.

Jika kita mempunyai sikap mengakui kelemahan diri dan bersedia di tegur, saya percaya perkara tersebut tidak akan di perpanjangkan lagi. Bagi saya, apa yang saya nyatakan pada ucapan saya dalam mesyuarat AJK DPPKS kali pertama sessi ini dengan menyebut ucapan Saidina Abu Bakar "Jika saya betul, tolonglah saya dan jika saya salah tolong perbetul saya", itulah yang cuba saya praktikkan.

Maka mulai esok, jika ada kelapangan, posting berkaitan KPO itu saya akan edit semula ( hari ni tak sempat, maaf ) dan dengan hasrat serta harapan yang tinggi untuk melihat kesepaduan bagi berhadapan cabaran yang lebih sengit di masa mendatang, saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat pemuda DUN Jabi berhubung apa sahaja yang tersilap.

Begitulah juga dengan sahabat Pemuda DUN-DUN yang lain, bersempena Ramadhan ini, marilah kita jayakan mujahadah membaiki diri ini dengan menambahkan kefahaman kita tentang agama ( dengan belajar dan bertanya ) sebagaimana maksud sabda Rasulullah saw " Barangsiapa yang mahu di jadikan kebaikan kepada seseorang, nescaya akan di beri kepada orang tersebut kefahaman yang betul berkenaan agama".

12 Ogos 2009

 KADAR KEMATIAN H1N1 LUAR BIASA


Written by SM Noor
Wednesday, 12 August 2009 02:11
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/global_h5n1resistance_200807011.jpg

- Kerajaan di Gesa Bertindak Lebih Serius

KUALA NERUS – PAS rasa cukup tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menangani masalah selsema babi yang kini sudah menjadi satu jangkitan yang cukup merbahaya.


PAS juga memberi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia, selsema babi (H1N1) kini sudah mencapai tahap yang cukup merbahaya.
(Gambar atas - peta dunia yang telah dijangkiti H1N1 menurut Organisasi Kesihatan Sedunia - WHO)

“Hari ini (semalam) enam orang mati dan (keseluruhannnya) di Malaysia sudah 41 kematian, kadar biasa dunia (dalam) 1000 kes (pengidap), seorang mati,

”tapi di Malaysia (luar biasa) kes tak sampai 2000, sudah 41 orang mati,” kata Dr. Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal,

ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis penerangan di Bukit Tunggal, dekat sini, semalam.

Dengan kadar itu, katanya, ia adalah satu kadar kematian yang sangat tinggi dan sangat merbahaya, melebihi wabak demam denggi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/DrAlias.jpgBeliau yang juga seorang doktor perubatan berkata, sehingga hari ini, belum lagi ditemui ubat yang mujarab yang benar-benar dapat membunuh virus tersebut, manakala vaksin untuk mencegah jangkitan virus selsema babi ini juga belum ditemui.

Menurutnya, virus H1N1 adalah gabungan tiga jenis virus iaitu virus selsema burung, selsema manusia dan selsema babi. (Gambar kanan - Dr. Alias, marah...geram...dan tak puas hati... dengan cara kerajaan menangani H1N1)

”Ini selsema burung campur dengan selsema babi pada manusia, campur dengan flu pada babi, ia sudah bercampur dalam babi, bila menjangkit kepada manusia boleh menyebabkan kematian,

”babi tempat prosesnya, tempat percampuran macam mangkuk memasak, (kini) berjangkit antara manusia dengan manusia, (dan) jadi bahaya sekarang ialah ia berjangkit bukan melalui makanan, tetapi melalui udara,”jelasnya.

Katanya, kanak-kanak dan mereka yang kurang imuniti adalah golongan yang berisiko menyebabkan kematian, namun tidak ada sebarang jaminan selamat, walaupun kepada orang-orang yang sihat.

Jelasnya, kematian akibat serangan selsema babi ini adalah kerana serangan sesak nafas dan paru-paru berair.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya mereka yang mengalami demam atau selsema biasa mendapat rawatan segera, kerana menurutnya ubat selsema babi yang ada masakini sudah tidak memberikan sebarang kesan, sekiranya seseorang itu telah diserang selama empat hari.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh kerajaan yang sambil lewa menangani wabak selsema babi.

Katanya, sejak peringkat awal, kerajaan tidak meletakkan kawalan maksima menyebabkan virus yang berasal dari Amerika Selatan itu merebak ke Negara ini.

”Yang malangnya kita melihat pada hari ini, kerajaan tidak bersungguh atas perkara ini, tidak ada kesungguhan pada peringkat awal lagi,

”ini yang kita rasa cukup geram, marah dan tidak puas hati, ke (atau) kena buat demonstrasi nak tunjuk tidak puas hati kerana H1N1 pula, baru kerajaan nak bersungguh,”katanya

Menurutnya peringkat awal Negara kita adalah bebas dari selsema ini kerana Negara kita bukanlah Negara yang asal dimana wabak ini berlaku.

Katanya, selsema babi ini bermula di Mexico, menjangkit ke Amerika dan Eropah

”Tetapi kerajaan ketika itu mengambil sikap tidak apa, kesilapan pemimpin peringkat awal yang menyebabkan kita menghadapi masalah seperti yang dihadapi pada hari ini,”tegasnya.

Katanya, antara Negara yang berjaya mengawal penularan wabak selsema burung adalah Negara Arab Saudi, dimana kerajaan itu telah menggunakan kuasanya secara maksima, dengan mengurung (kuarantin) mereka-mereka yang disyakki mengidap selsema babi selama tujuh hari

Rangkaian Alternatif

LINKS
REFORMASI
Tranung Kite
Laman M@rhean
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
UtaraOnline
Siasahdaily
Pahangdaily
Sabahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
GoMalaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar@Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Perantau Setiu
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuri’s Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo\' Lo\'
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
MalayaDaily
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
Pas Kelantan
Pas Kedah
PAS Negeri Sembilan
Pas Penang
PAS Melaka
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
PAS KAWASAN SETIU
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
 PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi

PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus

PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka
Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
DPP Sarawak
PAS Mengkebang
DPP Gombak
PAS DUN Jeram
DPPK Bagan Datoh
Al Brangi
Beras Melaka
PAS Caw. Shah Alam 2
Perak Bersatu
AMK Serdang
Betul Ka?
Abu Bahsyir Al Muqry
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
DPP Pertaling Jaya Sel
Jabatan Amal 2
Pemuda Pengkalan Chepa
Pancak Bicara
Lanh14
Rencana Rakyat
Cili Merah
Hati Sufi
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
al-Futhuhat
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
Al-Muttaqin TV
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net