24 Mac 2010
08 Februari 2010
“Petua Untuk Mengelakkan Dan Menyembuhkan Selsema”
Sekarang ini keadaan cuaca tidak menentu. Ramai di antara kita yang terkena selsema. Hidung tersumbat, sakit tekak, hidung berair, bersin-bersin…semua itu adalah tanda-tanda seseorang itu telah terkena selsema. Baru-baru ini, bapa saudara saya dari Raub telah datang berziarah ke rumah saya. Kebetulan waktu itu, isteri saya demam+selsema. Dah hampir sebulan dia selsema, tapi tak baik-baik. Dan dah bermacam-macam ubat dia telan, tapi tak jugak ‘jalan’. Apabila diceritakan masalah isteri saya tu kepada bapa saudara saya tu, lantas bapa saudara pun berkata,
“Laaa kenape la awok tak tanye Ayoh De… Ayoh De ade petua macammana nok sembuh kan selsema. Petua ni senang jer nok buat.” katanya.
Belum pun sempat saya berkata apa-apa, bapa saudara saya lantas menarik tangan saya menuju ke bilik air. “Mari sini Ayoh De nok ajor awok petua tu” katanya lagi.
Di bilik air itu, Ayoh De saya menadah air dengan menggunakan tangannya. (tadah air macam orang nak amik air sembahyang).
Pastu dia memasukkan air ke dalam hidungnya, dan membiarkan air itu di dalam hidungnya sehingga beberapa saat. Kemudian dia hembus keluar air tersebut.
Dia mengulangi perbuatan memasukkan air ke hidung dan menghembuskan keluar air tersebut sebanyak 3 kali. Setelah selesai, dia pun berkata kepada saya ;
“Haaa nilah petua untuk mengelakkan/menyembuhkan daripada terkena selsema. Lagi elok kalau gunakan air suam.”
“Kalau dah selalu sangat bersin…atau terasa hidung macam tersumbat tu…cepat2lah praktikkan petua ni…insyaAllah, pasti selsema akan baik!” Katanya.
Nota :
1-Lakukan petua ini setidak-tidaknya 3 kali sehari terutamanya ketika baru bangun dari tidur.
2-Gunakan air suam untuk lebih mujarab.
3-Air hendaklah dimasukkan ke dalam…hingga ke pangkal hidung.
4-Tahan air di dalam hidung dari 3 ke 5 saat…kemudian hembus dengan kuat.
10 Januari 2010
DS Nizar dibenar keluar wad - Syukur Teruskan Perjuangan.
Ipoh 10 Jan - Dato’ Seri Ir Hj Muhammad Nizar Bin Jamaluddin hari ini dibenarkan pulang oleh pihak hospital setelah berpuas hati dengan perkembangan tekanan darah beliau. Beliau dibenarkan pulang kira-kira jam 12 tengahari tadi. Ketika bercakap kepada pemberita di ruang legar hospital, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital atas layanan dan kerjasama mereka sepanjang beliau berada di hospital selama 4 hari.
Mengunjungi pesakit lainSebelum itu, setelah disahkan kebenaran untuk keluar daripada hospital, beliau sempat mengunjungi teman-teman sesama wad dengan beliau di Wad 8C. Secara kebetulan salah daripada mereka telah menghembuskan nafas terakhir dan Dato’ Seri Nizar berkesempatan bertemu dengan keluarga Arwah. Beliau seterusnya mengadakan bacaan doa untuk arwah.
Membacakan tahlil dan doa selamat
Anak Arwah
Datin Seri dan anak arwah
Keluarga arwah
Selepas Dibenarkan keluar




31 Disember 2009
Gerhana Matahari Dan Bulan Serta Amalan Yang Disunatkan – Pakat Sembahyang Sunat Gerhana Bulan Separa Pagi Ini.
Pada 1 Januari 2010, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 1:17 pagi hingga 5:28pagi. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.
Gerhana pada 1 Januari ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:17 pagi waktu Malaysia. Walaubagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 2:53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 03:24 pagi. Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi (U4) padajam 04:53 pagi. Gerhana masih terus berlaku sehingga 05:28 pagi tetapi fenomenatersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang Penumbra Bumi yang kurang gelap.
Definasi Kusuf dan Khusuf
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.
Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.
Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Bulan Dan Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!
Kaifiyat Solat Gerhana
Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri)
Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)
Pertama : Cara yang biasa
Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) , 2 kali membaca surah, 2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri), 4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.
Sah juga dilkakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal
Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya. Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat. Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat. Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.
Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya. Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.
Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana
Pertama : Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap. Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata : Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara (senyap).
Kedua : Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat
Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah : Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.
Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang. Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.
Mandi Sunat Gerhana
Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.
Langgan:
Catatan (Atom)







