KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan untuk memansuhkan perlesenan runcit bagi ayam, besi (bar bulat keluli lembut) dan simen berkuat kuasa 15 Julai depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah pemansuhan berkenaan dibuat selaras dengan tindakan proaktif kerajaan memansuhkan kawalan harga bagi barang-barang tersebut sejak 2008.
"Bagaimanapun kawalan bekalan masih diteruskan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memastikan bekalan dalam negara stabil melalui perlesenan.
"Tapi kita ambil langkah untuk mansuhkan terus lesen bagi barang-barang ini kerana kita tak lagi kawal harganya," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Selain itu beliau berkata, harga bagi ketiga-tiga barang berkenaan akan ditentukan oleh pasaran.
"Apabila kita mansuhkan lesen ini, ia akan menguntungkan semua pihak sama ada peniaga mahupun pengguna.