27 September 2009
24 September 2009
22 September 2009
Rahsia Lemak Yang Perlu Anda Tahu
Category: Panduan
Adakah kita betul2 faham tentang apa itu lemak? Tahukah kita jenis-jenis lemak? Betulkah lemak itu berbahaya? Mengapa kita patut kurangkan memakan makanan yang berlemak?
Berikut ini dicatatkan beberapa perkara asas tentang lemak yang perlu kita tahu.

Berikut ini dicatatkan beberapa perkara asas tentang lemak yang perlu kita tahu.
- Lemak sumber kalori terbanyak.
- Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukan.
- Lemak dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.
- Hampir kesemua makanan harian kita banyak mengandungi lemak.
- Makanan yang mengandungi lemak semulajadi adalah seperti: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan, krim.
- Makanan yang mengandungi tambahan lemak/minyak adalah seperti kuih muih, karipap, roti canai, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng, mayonis.
- Ada beberapa jenis lemak dan semuanya tetap menggemukkan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan.

20 September 2009
PERUTUSAN HARI RAYA PRESIDEN PAS
Presiden PAS Thu | Sep 17, 09 | 10:09:06 am MYT | |
![]() Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri. Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara. Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan �Eid Mubarak� kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Ikhlas, Presiden PAS |
09 September 2009
Khasiat Bunga Lawang: UBAT PENYEMBUH INFLUENZA A H1N1
Saya ada baca satu artikel tentang khasiat Bunga Lawang. Artikel tersebut mengatakan Bunga Lawang boleh menjadi ubat penyembuh Influenza A H1N1.
Anda kenal tak Bunga Lawang tu macammana? Ni tengok gambar di bawah ni…
Haaa, kepada yang ada suspek terkena Influenza A H1N1 tu, atau yang demam-demam dan selesema tu, mungkin ada baiknya untuk minum air Bunga Lawang ni. Sebelum minum baca lah Bismillah dulu. Pastu nak niat apa-apa pun OK.
Janji kita mesti yakin bahawa yang menyembuhkan kita daripada sesuatu penyakit bukan benda lain, melainkan ALLAH SWT sahaja. Apa juga benda dalam dunia ini tak akan beri manfaat atau mudharat, hanya melainkan dengan izin ALLAH SWT saja.
Berikut adalah mesej yang saya terima dari En Shahrom dari PPSains Fizik, USM.

Saya dapat tahu daripada doktor pusat kesihatan USM bahawa Bunga Lawang digunakan untuk membuat ubat Tamilflu iaitu anti-virus untuk H1N1.
Jadi saya buat sedikit kajian dan mendapati bahawa ia adalah benar.
Sila download artikel tentang Khasiat Bunga Lawang (Bahasa English) Di sini.
Isteri saya terus beli bunga lawang (50sen sepeket), rebus dan paksa semua orang minum - rasa payau.
Satu keajaiban adalah antara kesemua mangsa maut H1N1 di Malaysia, tiada satu pun dari kalangan kaum India. Ini mungkin kerana kaum India mengamalkan penggunaan bunga lawang secara meluas dalam masakan mereka.
Semoga boleh kita amalkan (Nanti harga bunga lawang melambung pulak)
PERBEZAAN ANTARA RON 95 DAN RON 97

Akhir-akhir ini Malaysia dikecohkan lagi dengan kenaikan harga minyak. Mulai 1 September lepas, Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak sekali lagi. Selain itu, kerajaan juga telah menggantikan penggunaan minyak RON92 kepada RON95.
Berikut adalah senarai harga minyak terbaru (mulai 1 September 2009).
- RON 97 : RM2.05
- RON 95 : RM1.80
08 September 2009
Ahmad Said Tolak Tawaran Menjadi ‘Menteri Pusat’
KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato’ Ahmad Said berkeras mahu mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri Terengganu dan menolak jawatan ’lumayan’ sebagai Menteri Pusat. Sumber dalaman memberitahu, Ahmad akan dilantik sebagai Senator dan kemudian ’menteri penuh’
Tawaran pertukaran jawatan tersebut didakwa sumber itu, dibuat oleh kepimpinan Umno Pusat kepada beliau bagi meredakan krisis dalaman Umno Terengganu.
Namun, sumber tersebut yang menghubungi Buletinonline hari ini berkata, Ahmad menolak tawaran tersebut dan berkeras, mengekalkan ’status’nya yang dianggap amanah diberikan kepadanya oleh Sultan. (Gambar - Hanya penyokong Ahmad Said hadir Majlis Muhyidin di Hulu Terengganu)
Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai Menteri Pusat telah didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya semalam.
Krisis kepimpinan Umno Terengganu kian meruncing apabila ADUN Umno memboikot majlis berbuka puasa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin.
Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik berkata majlis tersebut dianjurkan kerana krisis Umno negeri Terengganu “adalah kritikal” dan perjumpaan tersebut adalah untuk memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap.
Muhyidin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Namun, tawaran Muhyidin tersebut tidak diambil peduli oleh kumpulan 15 ADUN Umno yang memang telah merancang, sengaja memboikot majlis tersebut kerana menurut mereka, ia tidak membantu menyelesaikan konflik dalaman parti itu.
Justeru, selepas itu, menurut sumber dalaman itu, Ahmad telah ditawarkan untuk dilantik sebagai menteri pusat.
”Oleh kerana Ahmad menolak tawaran tersebut, pemimpin Umno sedang memikirkan langkah-langkah selanjutnya bagi menangani krisis yang telah berlanjutan,”tambahnya.
Krisis kepercayaan terhadap Ahmad bermula hujung Mac tahun 2008 apabila bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Diris Jusoh tidak diperkenankan oleh pihak istana untuk disambung perkhidmatannya.
Kumpulan yang pro Idris telah memboikot pelantikan Ahmad dan Ketuanya, ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata mereka sanggup meletakkan jawatan dari tunduk kepada Ahmad sebagai Menteri Besar.
Kumpulan tersebut sekali lagi menggemparkan politik tanah air pada April lalu apabila mendakwa mendapat ’SMS mengugut bunuh’ lalu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri kerana merasakan ’diri mereka tidak selamat’.
Ekoran kes tersebut, bekas Setiausaha Politik Idris, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir telah ditahan polis dan dituduh menghantar SMS mengugut bunuh itu.
PRK DUN Bagan Pinang; Pemuda PAS Terengganu Turun Buat Tinjauan Awal
Tuesday, 08 September 2009 02:18 SM Noor
KUALA TERENGGANU – Pilihanraya Kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan akan diadakan berikutan Kerusi DUN tersebut kosong ekoran penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September baru-baru ini.
Justeru, Pemuda PAS Terengganu mengambil langkah awal untuk turun ke DUN Bagan Pinang esok, 9 September, bagi membuat tinjauan awal.
”Lusa (esok) kita akan turun ke (DUN) Bagan Pinang untuk tinjauan kawasan di sana, bermesyuarat dengan pemuda disana dan kita akan tengok apa yang kita boleh bantu, komitmen kita sangat kuat,” kata Timbalan Ketua Pemuda Terengganu, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah.
Menurutnya, beliau yakin PAS bakal menang dalam pilihanraya kecil tersebut walaupun sedar terdapat pengundi pos lebih dari 5,000 orang.
”Tapi dengan majoriti 2,300 lebih undi yang diperolehi oleh calon kita (PAS) dalam pilihanraya (umum) baru-baru ini (telah) menunjukkan satu peningkatan yang begitu hebat,
”InsyaAllah dengan isu-isu terkini, kita (PAS) akan lebih menjuarai dan tidak mustahil untuk kita menang,”jelasnya ketika ditemui Buletinonline, selepas majlis penyerahan kunci rumah bantuan penuh PAS di Kampung Chendering dekat sini, semalam.
Beliau berkata pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang adalah sangat penting kerana ia adalah peluang kepada rakyat DUN Bagan Pinang membuktikan mereka bersama perubahan yang berlaku di seluruh negara.
”Ini peluang kepada rakyat Rakyat Bagan Pinang membuktikan komitmen bersama mereka dengan rakyat diseluruh tempat (negara) bagi menolak Umno dan barisan Nasional,
”khususnya Negeri Sembilan adalah kubu kuat Umno dan BN,”katanya.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata pihaknya telah menerima surat rasmi makluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
"Saya sudah menerima surat makluman pukul 2.45 petang tadi... bersama sijil kematian wakil rakyat Bagan Pinang, surat telah dihantar sendiri oleh pejabat Speaker," kata Tan Sri Aziz.
Sehubungan itu, menurutnya, SPR telah menetapkan 14 September ini sebagai tarikh untuk mengadakan mesyuarat khas menentukan tarikh pilihan raya kecil kerusi tersebut yang kosong sejak Jumaat lalu.

04 September 2009
ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal
|
Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
![]() |
Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).
Langgan:
Catatan (Atom)